Friday, 14 December 2012

Penanda Wacana


Assalamualaikum , hari ini cikgu akan mengajar mengenai PENANDA WACANA
Menurut Tatabahasa Dewan  Edisi  Ketiga iaitu penanda wacana digunakan agar wujud kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana.
Penanda wacana juga digunakan untuk menghubungkan kata, frasa, kausa, ayat, perenggan, bab dan sebagainya.
Penanda wacana penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan 
Terdapat 5 Penanda Wacana
1. Penanda Penghubung
2. Penanda Rujukan
3. Penanda Penggantian
4. Penanda Leksikal
5. Penanda Elipsis / Pengguguran

PENANDA PENGHUBUNG
Penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana.
Lazimnya, tanda koma (,) digunakan sekiranya penanda wacana hadir pada awal ayat

PENANDA RUJUKAN
1 . Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dan juga ganti nama tunjuk.
2 . Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.
3 . Contoh rujukan ganti nama diri :
                        Saya, Amy dan Azwan akan ke pekan Gedong.

Kami bertolak pada pukul sembilan malam semalam

4 Ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara
5 . Terdiri daripada penanda ini, itu, sini dan situ
Contohnya:
 Dimana awak tinggalSaya tinggal di sana

PENANDA PENGGANTIAN
1 . Perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang      sama.
2 .  daripada:
  a) penggantian nominal-gantian terhadap kata nama
                                                   atau frasa nama
  b) penggantian verbal-gantian terhadap kata atau  frasa
                                                 kerja
*Contohnya :
  Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu.
Nanti baru saya lakukan.

PENANDA LEKSIKAL

1 .  Leksikal melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik(makna) dalam sesebuah wacana.
2.  Kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama, pengulangan sinonim, hiponim dan kolokasi.
3 .  Unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan.
• Contohnya :
    a.) Pengulangan unsur sama
  
  Ibu amat menyayangi Abu
  kami juga amat menyayanginya
* berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi

b.) Pengulangan sinonim
  -pengulangan kata yang sama atau hampir sama
  Contohnya:
  Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya
  Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan

c.) Pengulangan hiponim

Melibatkan hubungan antara makna khusus dan makna yang umum
Contoh
  kenderaan- makna umum
  lori, bas, kereta- makna khusus

PENANDA ELIPSIS / PENGGUGURAN

Elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.
1 . Ini bererti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya.
2 . Contohnya :
            Wanita itu berjalan dengan santunnya. Dia menuju ke arah suaminya yang sudah lama menunggu

SEKIAN TERIMA KASIH